December 28, 2014

Kawal HAZARD yang sudah dikenalpasti

Setelah dikenalpasti HAZARD ditempat kerja, apakah langkah seterusnya? Sudah tentu HAZARD yang dikenalpasti tidak boleh dibiarkan begitu, apabila bila risiko dan kebarangkalian berlaku kecederaan, kemalangan atau kerosakan kepada manusia atau alam sekitar adalah besar (risikonya) dan tinggi (dari segi kebarangkalianya).


Sekarang, bagaimana hendak mengawal HAZARD yang telahpun dikenalpasti tersebut, didalam OSHA secara umumnya terdapat 5 kaedah untuk mengawal HAZARD. Turutan langkah tersebut penting untuk memastikan tindakan yang diambil memberikan kesan yang sepatutunya bersesuaian dengan risiko dan kebarangkalian.


Gambarajah dibawah adalah Kaedah Kawalan Hazard yang perlu diambil mengikut turutan.



Jelas, langkah kawalan yang pertama adalah Penghapusan (elimination), kedua ialah Pengantian (substitution), ketiga adalah Kejuruteraan (Engineering), ke-empat ialah Pentadbiran (Administration) dan kelima merupakan Alat Perlindugan Diri (PPE).
Perlu juga untuk diberi perhatian tentang langkah kawalan HAZARD iaitu, perlu untuk mengikut turutan kawalan daripada langkah pertama terlebih dahulu dan seterusnya ke langkah kedua dan berikutnya. Ini untuk memastikan bahawa langkah kawalan yang diambil memberikan kesan yang baik serta berkesan terhadap sesuatu HAZARD yang dikenalpasti.


SHO atau Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan hendaklah menbincangkan HARAZD yang dikenalpasti bersama Department atau Jabatan yang bersesuaian untuk mendapatkan perhatian dan tindakan susulan daripada pihak yang sesuai supaya langkah kawalan yang paling berkesan bagi setiap HAZARD dapat diambil.



No comments:

Post a Comment