March 3, 2015

Bahaya Cuaca Panas (STROK HABA)


Cuaca panas dan kering seperti yang berlaku pada masa ini seharusnya diberikan perhatian oleh Penyelia tapak binaan.

Secara umumnya pekerja binaan terdedah kepada cuaca panas dan kering dan ini mungkin membawa kepada masalah kesihatan.
Pemberitahuan tentang tips kesihatan di waktu cuaca panas dan kering boleh disampaikan kepada para pekerja semasa tool-box meeting, poster dan sebagainya. Pihak Penyelia juga boleh mendapatkan maklumat lanjut atau terkini dengan melayari laman web berkaitan (DOE, Kesihatan, Meteorology).