December 29, 2014

Latihan Kemahiran CIDB untuk golongan belia...PERCUMA


PENDAHULUAN

Sebagai sebuah badan yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan untuk membangunkan industri pembinaan Negara dan selaras dengan peruntukan dalam Akta penubuhannya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sentiasa peka untuk mempertingkatkan kemahiran sumber manusia industri pembinaan Negara supaya mereka boleh menyumbang ke arah peningkatan daya saing industri ini pada masa hadapan.
Lantaran itu, CIDB telah memanfaatkan potensi tenaga kerja di kalangan golongan belia bagi mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja asing dan pada masa yang sama mempertingkatkan lagi tahap kemahiran pekerja binaan dengan menyediakan latihan kemahiran khusus sepertimana yang dikehendaki oleh industri pembinaan.

Strategi Latihan Kemahiran CIDB


Bagi memastikan seluruh lapisan tenaga kerja dalam industri pembinaan mempunyai tahap kemahiran yang diperlukan oleh industri, mereka perlu diberikan latihan kemahiran dalam tred-tred berkaitan yang diperlukan. CIDB telah mengenalpasti latihan kemahiran yang diperlukan oleh industri pembinaan bagi mempersiapkan diri mereka menjadi pekerja binaan berwibawa yang berupaya menghasilkan prestasi kerja yang berkualiti, produktif lagi cekap.

PROGRAM 


Matlamat Latihan Kemahiran CIDB
  • Melahirkan lebih ramai pekerja binaan tempatan mahir & separuh mahir bagi mengurangkan kebergantungan Negara kepada tenaga kerja asing;
  • Melahirkan tenaga kerja binaan yang produktif, mempunyai kesedaran terhadap keselamatan, berorientasi kualiti dan cekap bagi memenuhi keperluan industri pembinaan yang semakin pesat berubah;
  • Menyediakan peluang kepada pekerja binaan untuk mempertingkatkan tahap kemahiran mereka dari semasa ke semasa;
  • Menyokong industri pembinaan mencapai daya saing dengan menyediakan tenaga kerja binaan yang mempunyai tahap kemahiran sewajarnya bagi mengendalikan teknologi pembinaan yang semakin canggih, serta
  • Membangun dan merintis laluan mengeksport tenaga kerja pakar yang terlatih untuk menjalankan kerja pembinaan di luar Negara.


Kumpulan Sasaran


PROGRAM BELIA LEPASAN SEKOLAH


Terbuka kepada semua golongan belia warganegara Malaysia berusia 16 hingga 35 tahun. Bagi program latihan kemahiran ini, pembiayaan akan ditanggung sepenuhnya oleh CIDB. Latihan kemahiran adalah dijalankan di semua Akademi Binaan Malaysia (ABM) seluruh Negara dan pusat latihan bertauliah CIDB.

PERSIJILAN

Setiap pelatih yang lulus dalam latihan kemahiran akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dalam tred berkenaan.
Program Latihan Kemahiran Personnel Binaan

a - program latihan kemahiran personnel binaan depan 

a - program latihan kemahiran personnel binaan dalam

Program Latihan Kemahiran Belia Industri Pembinaan

b - program latihan kemahiran belia industri pembinaan depan

b - program latihan kemahiran belia industri pembinaan dalam



SENARAI TRED
 
TEMPAT LATIHAN
CIDB telah menubuhkan 6 Akademi Binaan Malaysia (ABM) bertujuan untuk menyediakan latihan kepada golongan Belia dan Personel Binaan yang ingin menjalani latihan di dalam bidang industri Pembinaan. Lokasi-lokasi ABM adalah seperti berikut :

ABM Wilayah Utara
Lot 2991 & 2992, Jalan Sintok-Padang Sanai,
Mukim Temin 06010 Sintok, Kedah.
Tel : 04 – 9242 200 
Faks : 04 – 9241 100
 
ABM Wilayah Tengah
Lot 8, Blok E, Jalan Chan Sow Lin,
55200 Kuala Lumpur.
Tel : 03 – 9200 2008 
Faks : 03 – 9200 2009
 
ABM Wilayah Selatan
Lot 2067, Batu 3, Jalan Tampoi,
80000 Johor Bahru, Johor.
Tel : 07 – 238 8152 
Faks : 07 – 234 5808
 
ABM Wilayah Timur
Jenagor, Peti Surat 25,
21700Kuala Berang, Terengganu.
Tel : 09 – 681 8327 / 28 
Faks : 09 – 681 8329
 
ABM Sarawak
Tingkat 1, Blok A, Kompleks CIDB,
Jalan Sultan Tengah, 93050 Kuching, Sarawak. 
Tel : 082 – 446 700 
Faks : 082 – 442 700
 
Abm Sabah 
Jalan Mangga, Batu 6, Kolombong,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088 – 430 615/616 
Faks : 088 – 431 359



KAD HIJAU CIDB...keperluan untuk pekerja tapak binaan

Kad Hijau CIDB adalah satu keperluan mesti untuk mereka yang berkerja di tapak binaan.


Apakah Kad Hijau CIDB?
Ini adalah satu program bersepadu yang melibatkan pendaftaran dan akreditasi Personel Binaan, untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak kerja pembinaan.


Mengapa anda mesti mendaftar?
  • Untuk memastikan Pekerja Binaan menyedari kepentingan tempat kerja yang selamat dan sihat;
  • Untuk memberi pengetahuan asas mengenai keselamatan dan kesihatan di tapak kerja pembinaan;
  • Untuk memaklumkan Pekerja Pembinaan tentang keperluan undang-undang, berhubung dengan keselamatan dan kesihatan.
 

Pemegang Kad Hijau CIDB secara automatik dilindungi oleh Skim Insurans khas yang menginsuranskan Personel Binaan terhadap kematian dan kemalangan.


Siapa yang patut mendaftar?
Semua kakitangan yang bekerja di Tapak Pembinaan.


Bila patut mendaftar?
Sekarang! Jika anda bekerja di Tapak Pembinaan, anda mesti mempunyai Kad Hijau sebelum memasuki Tapak.

Di mana untuk mendaftar?
Datang dan lawati kami di Ibu Pejabat CIDB, Pejabat Serantau atau Cawangan-Cawangan.


Bagaimana untuk mendaftar?
Ada bayaran RM50.00 minimum. Para Pekerja Binaan juga mesti menghadiri Kursus Induksi Kesihatan dan Keselamatan selama 1 hari.


December 28, 2014

SAFE atau UNSAFE


Selamat (SAFE) atau tidak selamat (UNSAFE) sesuatu tempat kerja adalah sesuatu yang amat penting untuk dinilai.
Gambarajah dibawah memberikan gambaran jelas akan keadaan SAFE dan UNSAFE.