Apakah ITU Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan? Ia adalah satu profession berkaitan dengan pengurusan secara keseluruhan berkaitan dengan factor keselamatan dan kesihatan pekerja dalam setiap aspek pekerjaan (sektor perkilangan & pembuatan, minyak & gas, pembinaan, perlombongan, dll).
Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (SHO-Safety & Health Officer) adalah merupakan individu bertanggungjawab dalam perancangan, perlaksanaan dan pemantauan & paling penting sebagai penasihat kepada Pihak Majikan berkaitan perkara keselamatan dan kesihatan para pekerja. Dengan ini SHO memainkan peranan penting dalam sesuatu organisasi untuk melaksanan program berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.SHO bertanggjungjawab untuk memberikan maklumat berkaitan Akta dan Peraturan baru berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada Pihak Pengurusan untuk diambil tindakan susulan dalam pematuhan. SHO adalah bertanggungjawab dalam urusan berkaitan dengan lawatan dan pemeriksaan oleh Pihak Berkuasa ke tempat kerja sesuatu organisasi.
OSHA 1994 & FMA 1967 merupakan dua element penting perundangan berkaitan dengan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di Malaysia dan Jabatan Keselamatan Kesihatan dan Pekerjaan (JKKP) atau DOSH adalah Jabatan Kerajaan yang bertanggungjawab dalam memastikan perudnagan tersebut dipatahui oleh setiap organisasi yang tertakluk dibawah kedua-dua perundangan tersebut. Untuk makluman lebih lanjut dan secara khusus berkaitan dengan perundangan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, boleh melayari website DOSH.
Di bawah Akta OSHA1994 terdapat Peraturan dan Perintah khusus untuk SHO iaitu Peraturan-Peraturan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan & Kesihatan) 1997 dan Perintah Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan & Kesihatan) 1999.
Secara kesimpulannya dengan adanya Akta OSHA1997 & FMA1967 memberikan satu ruangan penguatkuasaan tentang aspek keselamatan dan kesihatan para pekerja. Manakala SHO merupakan satu jawatan yang exclusive dalam menjadi penasihat kepada Pihak Majikan untuk memastikan kehendak perundangan berkaitan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dapat dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment