Maka dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, adalah amat penting untuk mengenalpasti apakah HAZARD yang ada ditempat kerja tersebut, kebarangkalian berlakunya kecederaan, kemalangan atau kerosakan yang disebabkan oleh HAZARD tersebut serta kebolehan dalam mengadakan langkah pencegahan serta kawalan untuk mengelakan daripada berlakunya kecederaan, kemalangan atau kerosakan yang diesebabkan oleh pendedahan kepada HAZARD yang dikenalpasti tersebut.
Secara umumnya, HAZARD dapat dibahagikan kepada lima (5) kategori yang utama, iaitu : physical , chemical , biological , ergonomic , psychosocial.
- Physical (fizikal) : radiasi(radiation), bunyi bising(high noise),motor yang berputar(rotation motor), jentera atau peralatan yang rosak(equipment malfunctions or breakdown), jentera yang tiada penghadang untuk bahagian yang berputar yang bermotor(inappropriate machine guarding), lantai yang basah(wet floor), litar pintas(electrical short), dll
- Chemical (Kimia) : bahan kimia yang berbahaya atau beracun(hazardous chemicals)
- Biological (Biologi) : bakteria(bacteria), viruses(virus),tumbuhan atau binatang berbisa beracun(plants and animals)
- Ergonomic (Ergonomik) : tempat kerja yang sempit dan tidak teratur(improper set-up of workstation), pergerakan yang sama dan terlalu kerap(repetitive movements), jentera yang tidak bersesuaian dengan pekerja(improper machinery for workers)
- Psychosocial :tekanan(stress), keganasan(violence), gangguan sex(sex harassment)
No comments:
Post a Comment