Cuaca panas dan kering seperti yang berlaku pada masa ini seharusnya diberikan perhatian oleh Penyelia tapak binaan.
Secara umumnya pekerja binaan terdedah kepada cuaca panas
dan kering dan ini mungkin membawa kepada masalah kesihatan.
Pemberitahuan tentang tips kesihatan di waktu
cuaca panas dan kering boleh disampaikan kepada para pekerja semasa tool-box
meeting, poster dan sebagainya. Pihak Penyelia juga boleh mendapatkan maklumat
lanjut atau terkini dengan melayari laman web berkaitan (DOE, Kesihatan, Meteorology).